Thursday, September 21, 2017

Definisi Pentaksiran: 

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).


Pentaksiran untuk pembelajaran (AFL)

Definisi
-         Proses pembelajaran yang berterusan.
-         Maklumat, cara atau kaedah kebiasaan pembelajaran pelajar.
-         Memberi maklum balas kepada pelajar supaya dapat tingkatkan pembelajaran.




Trend dalam pentaksiran pembelajaran (AoL)

-         Penilaian jenis ini menggunakan kaedah sumatif bagi akhir tahun.
-         Guru sebagai “role model”
1.    Guru bertanggungjawab untuk membuat laporan tentang pembelajaran pelajar secara tepat dan adil berdasarkan rujukan daripada pelbagai sumber.
2.    Guru membuat penilaian pada masa tertentu.
3.    Proses ini dapat menunjukkan kecekapan yang dimiliki oleh pelajar.
4.    Kaedah ini merupakan pendektan yang telus.
5.    Membimbing pelajar untuk menetapkan cita- cita dan membimbing mereka untuk mencapainya.
6.   Bekerjasama dengan pelajar dapat mengetahui kreteria yang baik.  



ASSESSMENT AS LEARNING (AaL)

AaL merupakan suatu proses mengembangkan serta menyokong metakognitif pelajar. Di dalam hal ini, pelajar perlu melibatkan diri secara langsung dalam proses penilaian yang dilakukan. 




INSTRUMEN

1.     Pemerhatian
        Instrumen yang memerlukan murid melaksanakan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi
        sesuatu perkara secara berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

2.     Persembahan
        Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek
        pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi
        komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid
        menggabungkan  teori dan amali.

3.     Projek
        Tugasan dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.
        Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.

4.     Produk
        Murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk

5.     Amali
        Mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

6.     Tugasan Bertulis/Gaya Penulisan
        Murid menghasilkan laporan/dokumen/karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut
        spesifikasi dan format

7.     Pensel dan kertas/ujian bertulis
        Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

8.     Lembaran Kerja

9.     Soal Jawab

10.   Kuiz

11.    Senarai Semak

12.    Latihan/ Tugasan Rumah